Jatuh longkang: Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan pagi ini

Jatuh longkang: Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan pagi ini

SHAH ALAM: Mayat mangsa lemas, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom dekat sini semalam ditemukan pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata mangsa Siti Aishah Supardi ditemui orang kampung di dasar longkang jam 8.42 pagi.



“Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 15 meter dari lokasi dia terjatuh semalam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa sebelum ini dilaporkan dikhuatiri hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang pada 6.18 petang semalam.

Berikutan itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Jatuh longkang: Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan pagi ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker