Ketagih seks, fakta menakutkan
Ketagih seks, fakta menakutkan
Pendedahan menakutkan dan pastinya menggerunkan golongan ibu bapa yang memiliki anak perempuan.
Ia hasil kajian sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana sembilan daripada 10 remaja perempuan bermasalah yang ditemu bual mengaku ketagih seks walaupun menyedari perkara itu melanggar moral dan berdosa di sisi agama.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, Pegawai Psikologi D11 sedang menyiapkan kajian berkaitan isu itu membabitkan ribuan golongan remaja wanita yang terbabit dalam kes rogol atau disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Menurutnya, pihaknya mendapati golongan remaja yang pertama kali terjerumus melakukan hubungan seks bebas sudah mula ketagih untuk mengulanginya lagi.
“Lebih membimbangkan apabila mereka ini membabitkan remaja berusia belasan tahun. Ramai antaranya berusia 16 tahun ke bawah.
“Kajian mendapati kebanyakan mereka ini mempunyai tahap keinginan seks yang tinggi.
“Pada awal tahun ini sahaja, pasukan D11 sudah menerima dua kes membabitkan remaja perempuan yang menawar khidmat seks. Mereka ini melakukan hubungan seks bagi tujuan kepuasan dan keseronokan sendiri.
“Ada satu kes itu, remaja terbabit sudah menawarkan khidmat itu kepada enam pelanggannya, malah ketika ditemu bual mereka memberitahu sudah mula ketagih untuk melakukannya.
“Lebih memburukkan keadaan apabila ahli keluarga tidak mengetahui kegiatan luar dilakukan anak mereka ini. Mereka mempercayai bulat-bulat anak mereka,” katanya eksklusif kepada Harian Metro.
Siti Kamsiah berkata, ketika ditemu bual, remaja perempuan terbabit mengakui dan menyedari perbuatan itu salah di sisi agama serta merosakkan masa depan.
“Bagaimanapun perbuatan ini sukar dibendung berikutan ibu bapa tidak memantau pergerakan anak perempuan masing-masing menyebabkan mereka berani melakukannya.
“Mereka tidak diajar panduan menjalani kehidupan sebagai anak dan remaja hingga akhirnya terjebak dengan kegiatan itu.
“Mereka ini tiada ejen sebaliknya menggunakan media sosial untuk mencari pelanggan. Mereka sanggup menawarkan diri serendah RM50 untuk melakukan hubungan terlarang itu.
“Namun hasil temu bual dilakukan, wang bukanlah perkara utama namun kepuasan dapat melakukan hubungan seks lebih menjadi keutamaan,” katanya.
Beliau berkata, kegiatan ini harus dibendung supaya tidak menular dalam komuniti masyarakat.
“Lebih menggusarkan jika ada individu mengambil kesempatan ke atas mereka. Golongan remaja ini tidak dididik secara sempurna manakala ibu bapa pula tidak mempunyai ilmu dan memberikan kefahaman agama mencukupi.
“Biasanya ibu bapa remaja ‘terbabas’ ini tidak dapat menjangkakan risiko dan ancaman di sekeliling anak-anak selain terlalu memberi kepercayaan. Ini akhirnya menyebabkan berlakunya kes rogol di mana ada dalam kalangan remaja melakukan perbuatan itu dengan kenalan media sosial baru dikenali. Di sini bermulanya masalah apabila mereka akhirnya menjadi ketagih terhadap perbuatan maksiat itu,” katanya. HM
Ketagih seks, fakta menakutkan
Baca Artikel Menarik :
- Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing
- Cecair merah di kubur bukan darah
- Sudah terang nampak ‘burung’ masih ada yang kata ‘deepfake’
- Wanita tinggal bersama mayat suami, anak 48 jam
- Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika
- Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000
- Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
- Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down
- Ramai Kini Bintang Pujaan Jadi Asnaf
- Pakai Baju Menjolok Mata Ketika Minggu Fesyen London, Model Minta Ampun Dengan Bapa
- Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih peribadi isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU
Fat Leonard dari Malaysia bakal bocor rahsia skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS
You must be logged in to post a comment.