PAS cuba cetus ketegangan kaum samakan P Pinang dengan Israel – Sim

PAS cuba cetus ketegangan kaum samakan P Pinang dengan Israel – Sim

Tindakan PAS menyamakan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan rejim Zionis bukan sahaja menghina perjuangan pembebasan Palestin malah cuba mencetuskan ketegangan kaum di negara ini, kata Steven Sim Chee Keong.

Ahli parlimen Bukit Mertajam itu berkata demikian bagi mengulas artikel di media sosial PAS yang menyamakan isu pemilikan tanah di Pulau Pinang dengan keadaan di Palestin.



“Tulisan tersebut bukan saja telah menghina perjuangan pembebasan Palestin malah cuba mencetus ketegangan di kalangan masyarakat majmu

“Penggunaan data yang meragukan untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang sangat mengecewakan ketika kerajaan negeri Pulau Pinang terus berusaha untuk memastikan pembangunan negeri yang lebih adil agar tiada golongan yang tercicir.

“Jelas, PAS berniat jahat dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan.

Semalam PAS membangkitkan bagaimana Israel menguasai tanah Palestin dari 1.5 peratus pada 1918 sehinggalah rakyat Palestin menjadi pelarian di negara sendiri.



Artikel itu mendakwa kajian pada 2010 mendapati pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 27 peratus.

Parti itu mendakwa Pulau Pinang membuat “rampasan secara sistematik” dalam mengambil alih pemilikan dan menguasai kawasan yang asalnya majoriti Melayu-Islam.

Menjawab dakwaan itu, Sim berkata kerajaan Pulau Pinang telah melaksanakan dasar menegakkan syiar Islam, selain menyediakan perumahan mampu milik dan menyokong hak perumahan di kampung-kampung peneroka.

Kerajaan negeri juga katanya telah mempelopori konsep pembangunan tanah wakaf dengan penubuhan Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd sejak tahun 2018.



“Badan ini bertujuan untuk memajukan tanah wakaf dalam negeri dan kini mempunyai pelbagai projek pembangunan dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar atau Gross Development Value (GDV) hampir RM1.5 billion,” jelasnya.

Sim berkata PAS seakan-akan tidak mengendahkan titah berkali-kali Yang di-Pertuan Agong agar tidak memainkan polemik agama dan sentimen perkauman, demi kepentingan politik sempit mereka.

“Persoalannya, adakah orang Melayu, Cina, India di Malaysia bermusuhan antara satu sama lain sebagaimana permusuhan Zionis dan Palestin? Ternyata jauh sekali, tidak.

“Justeru, saya menyeru rakyat Pulau Pinang serta rakyat Malaysia pelbagai kaum yang cintakan keharmonian untuk menolak fitnah dan pemikiran ekstrim sebegini,” katanya. Mk



PAS cuba cetus ketegangan kaum samakan P Pinang dengan Israel – Sim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras



Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis



Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker