Fat Leonard dari Malaysia bakal bocor rahsia skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS

Sebaran :

Fat Leonard dari Malaysia bakal bocor rahsia skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS

Leonard Glenn Francis, ahli perniagaan Malaysia yang terbabit dalam skandal rasuah terburuk Tentera Laut Amerika Syarikat, bersedia membocorkan rahsia melalui sembilan episod audio siar mingguan bermula 5 Okt ini.

Wartawan terkemuka Tom Wright daripada “Billion Dollar Whale”, yang akan menganjurkan rancangan berkenaan di saluran YouTube beliau berkata, “Anda tidak akan melihat tentera AS dengan cara yang sama lagi.”

Ini adalah kali pertama Francis bercakap secara terbuka mengenai skandal besar yang menggemparkan Tentera Laut AS membabitkan beberapa pegawai kanan.

Wright menulis di saluran YouTube Project Brazen, wawancara dengan Francis boleh didengar melalui rancangan audio siar itu di platform seperti Apple, Spotify dan lain-lain setiap minggu mulai 5 Okt.

Wartawan Wong Chun Wai dan Wright akan muncul di siaran web Wong pada 8.30 malam 28 Sept ini di Facebook dan YouTube, dengan kedua-duanya akan bercakap mengenai skandal terbesar itu sebagai pembukaan kepada pelancaran rancangan audio siar berkenaan.

Francis, 53, lazimnya dikenali sebagai “Fat Leonard”, dituduh menyediakan wang tunai, pelacur, perbelanjaan perjalanan, barangan mewah dan tiket konsert kepada ramai pegawai Tentera Laut AS, termasuk daripada Armada Ketujuh.

Dia mengaku bersalah atas tuduhan rasuah dan menipu pihak tentera membabitkan USD35 juta (RM146 juta), walaupun beberapa pegawai berpendapat, kerugian ditanggung tentera laut jauh lebih besar.

Menurut sumber, dia dikenakan tahanan rumah di San Diego sejak ditahan pada 2013 dan “sedang dipantau” pihak berkuasa sementara menunggu kesnya selesai.

Antara 2006 dan 2013, Francis memberikan hadiah haram, menganjurkan pesta dan menaja parti seks untuk kakitangan Blue Ridge sekurang-kurangnya 45 kali, menurut rekod mahkamah persekutuan dan dokumen tentera laut yang diperolehi The Washington Post di bawah Akta Kebebasan Maklumat.

Katanya, pegawai Blue Ridge menerima sekitar USD1 juta (RM4.19 juta) dalam bentuk hidangan gourmet, minuman keras, wang tunai, percutian, tiket penerbangan, pakaian ditempah, cerut Cuba, jam tangan mewah, daging lembu, beg tangan berjenama, perabot antik dan tiket konsert.

Akhbar itu melaporkan Francis membina rangkaian pemberi maklumat untuk memperoleh itinerari rahsia, menurut dokumen mahkamah.

“Menggunakan pengaruh hebat sebagai warga asing, dia kemudian menggesa perisiknya di Blue Ridge untuk mengubah haluan kapal pengangkut pesawat dan kapal lain ke pelabuhan dikawal syarikatnya supaya dia dengan mudah mengenakan caj berlebihan ke atas Tentera Laut bagi minyak, bekalan dan perkhidmatan lain.”

Rekod jenayah Francis bermula pada 1989 ketika dia berusia 21 tahun, apabila dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana memiliki dua pucuk revolver semasa terbabit dalam mengendalikan sebuah pub. FMT

Fat Leonard dari Malaysia bakal bocor rahsia skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ibu Sumpah Laknat Anak Kena Gangguan Seksual Pendakwah [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply