Pelik Tapi Benar! Sihir Atau Wabak? Remaja Derita Tangisan Air Mata Batu [VIDEO]

Pelik Tapi Benar! Sihir Atau Wabak? Remaja Derita Tangisan Air Mata Batu [VIDEO]

NEW DELHI – Seorang remaja perempuan dari negeri Uttar Pradesh, India menghidap satu keadaan misteri di mana matanya berupaya mengeluarkan ketulan batu apabila dia ‘menangis’, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Ahli keluarga gadis berusia 15 tahun itu mendakwa bahawa sebanyak 10 hingga 15 ketul batu kecil keluar dari mata kiri gadis itu sejak hampir dua bulan lalu.

Menerusi satu rakaman video yang dirakam di kampung Gadiya Balidaspur, satu ‘benjolan’ boleh dilihat di kelopak mata kiri gadis itu.

Seorang individu kemudiannya mengurut kelopak mata tersebut, lantas seketul batu secara tiba-tiba keluar dari matanya dan jatuh ke atas pakaian gadis itu.

Tidak lama kemudian, seketul batu lagi keluar dari kelopak mata kanan gadis berkenaan.

Keluarga gadis tersebut telah membawanya berjumpa dengan ramai doktor namun, kesemua mereka berkata bahawa dalam dunia perubatan, keadaan itu adalah sesuatu yang amat mustahil.

Menerusi satu video, terdapat satu benjolan di bahagian matanya dan salah seorang bertindak mengurut mata remaja berkenaan sebelum keluar batu.

Batu itu dilihat keluar di saluran air mata dan usaha keluarga remaja berkenaan untuk mencari penyelesaian tidak berhasil.

Pada 2014, remaja Yaman, Saadiya Saleh, 12, turut menderita dengan situasi sama.

Doktor yang merawatnya belum dapat menjelaskan perkara sebenar hingga mencetuskan panik yang mendakwa kejadian itu berlaku kerana terkena sihir.

Ketika itu, satu video yang disiarkan stesen satelit Yaman, Azal menunjukkan doktor sedang mengumpul batu di dalam kotak kecil.

“Ia fenomena yang aneh di rantau ini,” kata pengacara tempatan.

“Kes berkenaan mencetuskan situasi panik di kawasan remaja berkenaan tinggal. Ada yang mengatakan gadis berkenaan disihir.

“Yang lain juga mula takut jika situasi ini menjadi permulaan kepada wabak berbahaya.” — Daily Star 

Pelik Tapi Benar! Sihir Atau Wabak? Remaja Derita Tangisan Air Mata Batu [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Suami cerai isteri kerana malas mandi

Israel mesti dipertanggungjawab dan bertanggungjawab – Ismail

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker