Ibu Sumpah Laknat Anak Kena Gangguan Seksual Pendakwah [VIDEO]

Ibu Sumpah Laknat Anak Kena Gangguan Seksual Pendakwah [VIDEO]

Sebuah video memaparkan seorang wanita melafazkan sumpah laknat bagi menjelaskan kebenaran bahawa anaknya menerima gangguan seksual daripada seorang penceramah terkenal didedahkan hari ini.

Video sumpah laknat berdurasi 49 saat itu didedahkan kepada orang ramai menerusi Telegram Firdaus Wong Wai Hung yang sebelum ini begitu lantang mendedahkan isu kontroversi melibatkan penceramah terkenal terbabit.



Menerusi video itu, wanita berkenaan bersumpah dengan nama Allah bahawa anak perempuannya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri selepas diganggu penceramah terkenal terbabit.

“Bismillahirahmanirahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah dengan nama Allah bahawa anak saya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri setelah (individu itu) melakukan perbuatan terkutuk menerusi WhatsApp dan panggilan video terhadap anak saya.

“Jika saya berdusta, Ya Allah laknatilah saya,” katanya menerusi video berkenaan.

VIDEO DIBAWAH:-

Sementara itu, Firdaus Wong berkata, ibu kepada mangsa telah mengizinkan dirinya untuk berkongsikan video sumpah laknat memaparkan anaknya telah menerima gangguan seksual.



“Mereka mengizinkan kerana mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat yang perkara itu memang berlaku dan mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu, apabila tiba masanya mereka semua akan tampil ke khalayak ramai demi sebuah kebenaran,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan skandal video lucah melibatkan penceramah itu dilihat semakin panas selepas pendedahan demi pendedahan dibuat Firdaus Wong dengan satu video sumpah laknat diikrarkan oleh abang seorang mangsa.



Keadaan itu menjadi lebih hangat apabila penyayi rap Caprice memuat naik gambar dengan wajah entiti iblis, jam pasir dan mengajuk ciuman yang dikatakan mempunyai kaitan dengan penceramah terkenal itu. -K! ONLINE.

Ibu Sumpah Laknat Anak Kena Gangguan Seksual Pendakwah [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong Dedah Video Sumpah Laknat Didakwa Abang Mangsa [VIDEO]



Sesuatu yang besar bakal berlaku – Firdaus Wong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker