Skim pencen sosial untuk rakyat perlu diperkenalkan – Shahril

Skim pencen sosial untuk rakyat perlu diperkenalkan – Shahril

PELUANG PEKERJAAN DAN SKIM PENCEN SOSIAL

1. Data terkini dari KWSP mengesahkan kekhuatiran bahawa jumlah simpanan pencarum KWSP berada di tahap kritikal. 46% ada kurang RM 10 ribu dan dari jumlah itu hampir 40% ada kurang RM 1 ribu.



Sebelum program pengeluaran simpanan KWSP akibat Covid-19 pun, tahap simpanan ramai rakyat Malaysin berada pada takat yang rendah. Apatah lagi setelah iLestari, iSinar dan iCitra.

2. Cabaran berbeza akan memerlukan penyelesaian berbeza.

Cabaran jangka pendek ialah untuk memulihkan kedudukan kewangan rakyat kebanyakan – bukan hanya B40 tapi lebih ramai sebenarnya.

Cabaran jangka panjang ialah bagaimana menangani isu tahap simpanan rakyat.



Kedua-duanya perlukan intervensi yang mapan (yakni penyelesaian yang mampu berterusan) bagi mengganti sebarang penyelesaian sementara.

3. Untuk cabaran jangka pendek iaitu kewangan rakyat untuk hari ini, tiada pengganti lebih baik daripada penyelesaian peluang pekerjaan. Selagi pasaran pekerjaan hambar dan pengangguran berlegar pada 700 ribu – 1 juta, selagi itu kita terperangkap dengan masalah ini. Sama ada skim Job Bank atau apa sahaja usaha lain, saya berpandangan jawapannya ialah “jobs, jobs, jobs”. Bila rakyat mampu kembali meraih pendapatan bulanan, terutamanya pada kadar yang sepatutnya, barulah kita benar-benar sudah atas jalan pemulihan.

Moratorium, iCitra, waima BKC sekalipun tak akan dan tidak cukup mampu menyelamatkan keadaan untuk tempoh lama lagi. Ia sesuai untuk suatu tempoh ketika sebagai ‘plaster’, tetapi tidak merawat dengan menyeluruh – tidak seperti peluang bekerja. Apabila bekerja, secara keseluruhannya kita mengeluarkan output untuk ekonomi (supply side) dan meraih pendapatan (demand side).

Golongan muda khususnya, sudah mendahagakan peluang bekerja dan berusahawan. Cuma peluang itu mesti dibuka lebih meluas.



4. Masalah jangka panjang pula memerlukan tindakan berani dari Kerajaan untuk lebih menjamin kedudukan kewangan untuk hari esok.

Ada pelbagai pilihan untuk dipertimbangkan Kerajaan. Tetapi saya ingin mencadangkan skim “pencen sosial”. Dimana selain caruman KWSP (yang sudah semakin mengecil dan tidak meliputi segenap segmen pekerja), pesara di bawah sesuatu tahap pendapatan diberi kewangan bulanan.

Saya tidak menolak kebarangkalian rasionalisasi program subsidi Kerajaan disamping perubahan rejim percukaian perlu dipertimbangkan bagi memudahkan “tax-funded social pension scheme” ini berlaku.

Mungkin ada juga pilihan untuk Kerajaan selepas ini menyumbang kepada caruman selain caruman dari pekerja dan majikan – walaupun mungkin tidak dengan nisbah 1:1 dan tidak selamanya.



5. Apa sahaja gabungan pilihan yang diambil (saya guna istilah “gabungan” kerana “one size does not fit all”), semoga idea ini dan sebarang idea lain yang menawarkan penyelesaian tuntas dapat dikaji lebih mendalam oleh Kerajaan dengan analisa dan data yang ada. Perubahan pendekatan ini sesuai dengan matlamat peralihan ke fasa endemik sekaligus membantu jutaan rakyat Malaysia yang telah melihat pendapatan dan simpanan mereka menguncup dengan begitu mendadak.

SHAHRIL HAMDAN

Skim pencen sosial untuk rakyat perlu diperkenalkan – Shahril

hr />



Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker