Derita Adam Rayyan Sakit Kepala Besar ‘Biar Apa Pun Jadi, Kami Tetap Beri Kasih Sayang Sepenuhnya’

Derita Adam Rayyan Sakit Kepala Besar ‘Biar Apa Pun Jadi, Kami Tetap Beri Kasih Sayang Sepenuhnya’

PONTIAN – Sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Parit Kongsi, Penerok di sini, diuji dengan kehadiran cahaya mata yang menghidap penyakit kepala besar atau hydrocephalus.

Biarpun bayi mereka dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain, Nor Shahirah Jamil, 30, dan suaminya, Sakaruddin Razali, 30, tidak pernah terdetik untuk mengabaikan atau menyi­sihkan, Adam Rayyan.

Malah, kehadiran anak syur­ga yang dilahirkan pada 22 Okto­ber 2019 itu telah menguatkan lagi ikatan kasih sa­yang keluarga ke­cil kerani sebuah kilang elek­tronik dan pemandu kenderaan Majlis Perbandaran Pontian itu.

Menurut Nor Shahirah, selain penyakit lebihan cecair pada otak, Adam Rayyan juga dilahirkan mengalami sumbing pada mulutnya dan hanya mempunyai satu lubang hidung tidak seperti bayi normal yang lain.

“Kepalanya semakin membesar ketika anak saya mencapai usia lapan bulan, mengembang sebelah tepi kanan, sejak itu Adam Rayyan sering muntah apabila minum susu selain sukar untuk tidur.

“Anak saya juga mengalami sawan yang teruk, manakala ukur lilit saiz kepalanya bertambah kepada 57 sentimeter,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Nor Shahirah berkata, sejak dilahirkan, Adam Rayyan diberikan perhatian terbaik dengan menjaga kesihatannya termasuk mengeluarkan belanja mence­cah ribuan ringgit semata-mata mahu anak sulung mereka kembali pulih.

Jelasnya, Adam Rayyan dirujuk ke pakar kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum dipasang alat bagi membuang lebihan cecair melalui perut dan keluar ketika membuang air kencing pada Jun tahun lalu.

“Sebelum pasang alat ini, Adam Rayyan sering muntah, sawan, sekarang dan beransur pulih. Saya juga pernah rasa tertekan ketika dapat tahu yang anak saya lahir tidak sempurna.

“Namun, sokongan dan kata-kata nasihat suami, keluarga dua-dua pihak serta rakan-rakan membuatkan saya bangkit dan bersemangat.

“Biar apa pun jadi, kami akan beri kasih sayang sepenuhnya untuk dia,” katanya.

Ujar Nor Shahirah, dia kini menerima bantuan penjagaan Adam Rayyan sebanyak RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarkat yang digunakan bagi membeli susu khas, lampin pakai buang dan perkara lain.-KO

Derita Adam Rayyan Sakit Kepala Besar ‘Biar Apa Pun Jadi, Kami Tetap Beri Kasih Sayang Sepenuhnya’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan

Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker