Pengasuh hempas bayi ke lantai

Marah tak henti menangis, Pengasuh hempas bayi ke lantai

Polis menahan seorang pengasuh selepas disyaki mendera dan cuba membunuh bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan, Ipoh, hari ini.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa bayi berkenaan pada kira-kira 3.03 pagi.



Katanya, pada 7.10 pagi Rabu lalu mangsa dihantar oleh bapanya ke rumah pengasuh wanita berusia 22 tahun itu dalam keadaan sihat dan baik.

“Bapa mangsa dihubungi oleh pengasuh berkenaan pada 2.35 petang hari berkenaan supaya mengambil anaknya kerana mangsa dikatakan terjatuh dari ‘baby walker’,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Mior berkata, setibanya di rumah pengasuh terbabit bapa mangsa mendapati kepala anaknya terdapat kesan bengkak.

“Bapa mangsa kemudian bertanya punca kecederaan anaknya dan dimaklumkan oleh pengasuh bahawa mangsa jatuh ketika didukung.



“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati mengalami pendarahan di kepala dan tempurung kepala mangsa retak. Mangsa berada dalam keadaan tidak sedar dan kritikal,” katanya.

Beliau berkata, suspek wanita warga tempatan itu ditahan dan siasatan awal mendapati suspek dikatakan menghempas kepala mangsa sebanyak dua kali ke lantai kerana marah selepas bayi itu tidak berhenti menangis.

“Suspek berhenti melakukan perbuatan itu selepas menyedari mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. FMT

Pengasuh hempas bayi ke lantai




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker