Pesakit Covid-19 dakwa ‘diculik’ hospital meninggal dunia

Pesakit Covid-19 dakwa ‘diculik’ hospital meninggal dunia

Seorang pesakit Covid-19 yang mendakwa dirinya “diculik” dan “dipaksa” menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), George Town, meninggal dunia hari ini.

Seorang pengamal perubatan, Dr Malar Santhi Santherasegapan menerusi Facebooknya turut berkongsi berita dipercayai berhubung pemergian Affendy Mohd Yusof, 43.

“Ajal maut bukan di tangan doktor atau peguam atau atas sesuatu prosedur. Ajal maut telah ditetapkan. Persoalannya, adakah kita sudah berikhtiar sehabis baik. Apa yang kita boleh bakal lakukan kalau ada kes akan datang.

“Ajal dia sudah sampai dan nyawanya sudah diambil. Sama seperti saya, kalian semua juga mesti reda dengan pemergian dia. Persoalannya, apa yang kita akan buat atau patut buat pada masa hadapan untuk kes sama? Apa iktibar yang kita boleh ambil daripada kisah ini,” tulisnya di Facebook.

Kosmo melaporkan Affendy dikatakan dipindah ke wad biasa selepas melepasi tempoh jangkitan Covid-19.

Pada 13 Sept lalu, akhbar itu memetik Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Ma’arof Sudin sebagai berkata, pesakit itu dimasukkan ke wad ICU selepas disahkan menghidap Covid-19 Kategori 4.

Katanya, hospital itu berulang kali memaklumkan pesakit serta ahli keluarganya berhubung risiko dihadapi pesakit terbabit jika tidak dirawat.

Pada 13 Sept lalu, Kosmo melaporkan kisah Affendy tular di media sosial selepas tersebar rakaman audio yang mendakwa dirinya “diculik” dan “dipaksa” dirawat di ICU HPP, walaupun dirinya masih sihat dan bernafas dengan baik, sebelum “dipaksa” menggunakan bantuan pernafasan oleh petugas kesihatan.

Katanya, beliau yang dirawat di HPP pada minggu sebelum itu, hanya ke hospital berkenaan untuk menjalani saringan Covid-19, sebelum “diangkut” untuk dirawat di wad pesakit Covid-19. FMT

Pesakit Covid-19 dakwa ‘diculik’ hospital meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker