Simbah air panas terhadap anak kerana habiskan data Internet

Simbah air panas terhadap anak kerana habiskan data Internet

Melaka: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimbah air panas terhadap anak kandungannya, tahun lalu.

Tertuduh berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 2.56 pagi di sebuah rumah di Sungai Udang, pada 27 Jun 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Terdahulu, prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim, memohon supaya jaminan tidak diberikan dengan mengambil kira faktor tertuduh tinggal bersama mangsa di rumah sama selain dia tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila tertuduh berang dengan mangsa yang juga anak keduanya kerana menghabiskan data Internet telefon bimbitnya. HM

Simbah air panas terhadap anak kerana habiskan data Internet

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker