Semburan sanitasi beralkohol tak sesuai diguna pada manusia

Semburan sanitasi beralkohol tak sesuai diguna pada manusia, kata KP Kesihatan

Semburan sanitasi melalui alat penyembur yang dikenali sebagai “nano mist spray” tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ini kerana sesetengah larutan disinfeksi boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan.

“Ingin dijelaskan, larutan disinfeksi yang dinyatakan ini adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hisham berkata, penyemburan disinfeksi melalui titisan halus itu tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual.

Jelasnya, buat masa ini beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi alkohol 70%-90%, hidrogen peroksida, thymol, quarternary ammonia dan juga larutan berasaskan klorin berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.

“Mutakhir ini, ‘nano mist spray’ mula mendapat perhatian umum untuk digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan Covid-19.

“Ramai beranggapan penggunaan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara (airborne) dan juga di permukaan.”

Bagaimanapun, Hisham berkata, keberkesanannya bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan, serta tempoh masa pendedahan.

Alat penyembur sanitasi atau “nano mist spray” adalah alat yang boleh menghasilkan titisan halus bersaiz nano. Ia dihasilkan untuk pelbagai tujuan termasuk kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan.

Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk. dari saiz kecil untuk penggunaan persendirian seperti “spray gun”, “handheld spray” sehingga saiz yang lebih besar untuk kegunaan industri.

Tambahnya, pihak KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran disinfektan permukaan.

Senarainya boleh dicapai melalui disini.

Manakala itu laporan penilaian ke atas pelbagai kaedah disinfeksi untuk mencegah penularan Covid-19 boleh dicapai melalui disini. FMT

Semburan sanitasi beralkohol tak sesuai diguna pada manusia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker