Pelawak ceroboh rumah bekas kekasih, kes sudah selesai – Polis

Pelawak ceroboh rumah bekas kekasih, kes sudah selesai – Polis

Pelawak terkenal didakwa menceroboh rumah bekas kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 7.30 malam, lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan memasuki rumah wanita berusia 28 tahun yang tidak berkunci dan menyelongkar barang di dalam rumah.



Berikutan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan daripada wanita itu semalam.

“Bagaimanapun, mereka tidak mahu memanjangkan kes dan sudah berdamai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, wanita itu dilihat memuat naik gambar bekas teman lelaki yang juga pelawak popular di Instagram (IG) Story selepas lelaki itu ‘menceroboh’ rumahnya.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pada gambar itu, dia seakan memberitahu pengikut mengenai kehadiran lelaki itu ke rumahnya dan meluahkan rasa rimas.

Namun, dia dilihat memadamkan semula gambar berkenaan selepas beberapa minit kemudian. HM



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Pelawak ceroboh rumah bekas kekasih, kes sudah selesai – Polis

Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker