Jodoh Farahdhiya akhirnya tiba

Jodoh Farahdhiya akhirnya tiba

Penyanyi dan pelakon popular Farahdhiya meluahkan rasa syukur dan gembira apabila berjaya khatam Al-Quran dan pada masa yang sama telah genap 14 hari menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19.

Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 37, berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya semalam.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) hati berbunga-bunga. Pertamanya sebab dapat khatam Al-Quran dan hari ni juga cukup 14 hari selepas suntikan dos kedua.

“Sekarang saya sudah divaksina sepenuhnya. Menunggu dos kedua vaksin AstraZeneca macam menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba. Lama naw!,” cerita Farahdhiya.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Dihati itu, setelah lengkap divaksinasi, perkara paling dia tak sabar adalah untuk kembali bekerja.

“Rasa teringin nak makan macam-macam dekat luar. Dimsum, korean bbq, Japanese food…semua lah.

“Paling tidak sabar untuk kembali bekerja. Nantikan projek terbaharu saya yang akan datang. Jaga diri semua,” katanya. Utv

Jodoh Farahdhiya akhirnya tiba


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker