Ibu longlai di sisi jasad anak

Ibu longlai di sisi jasad anak

Tumpat: Tidak dapat menahan pilu, seorang ibu berulang kali memeluk dan meratap hiba di sisi jasad anak lelakinya yang maut akibat kemalangan jalan raya.

Rozita Ramli, 40-an dilihat berulang kali meluahkan rasa tidak percaya anaknya, Shahrul Faieza Zamzuri, 20 sudah meninggal dunia sebaik ditemui di lokasi kejadian di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu di sini.

Rozita berkata, dalam kejadian sekitar 2.40 petang tadi, anaknya itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Dusun Langgar, di sini selepas selesai menjalankan urusan penghantaran kek yang ditempah pelanggan.

“Anak saya kerap menawarkan diri menghantar kek yang saya buat kepada pelanggan dan hari ini dia membuat penghantaran di Kampung Tok Malek, tidak jauh dari rumah.

“Saya tidak menyangka hari ini adalah hari terakhir dia membuat penghantaran,” katanya yang dilihat beberapa kali meluahkan rasa bersalah kerana mangsa menemui ajal atas urusan perniagaannya itu.

Situasi semakin pilu sebaik bapa mangsa yang baru tiba di lokasi dan terus menerkam ke arah anaknya yang berlumuran darah itu sebelum kedua suami isteri terbabit meraung di sisi mangsa malah sebaik jenazah ingin diangkat ke dalam trak polis, Rozita tiba-tiba longlai dan terpaksa dipapah ahli keluarga.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, kejadian membabitkan perlanggaran sebuah motosikal dan lori yang membawa muatan batu kelikir untuk dihantar kepada pelanggan di Kampung Tok Malek.

“Ketika tiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115 dari arah bertentangan secara tiba-tiba masuk ke laluan lori menyebabkan berlaku perlanggaran secara berhadapan.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi dan dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat. Siasatan lanjut dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. HM

Ibu longlai di sisi jasad anak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker