‘Sapiza ibu kutu’ perdaya ribuan mangsa, kaut untung berjuta

‘Sapiza ibu kutu’ perdaya ribuan mangsa, kaut untung berjuta

Seorang wanita dikenali sebagai “Sapiza” dipercayai menjadi dalang penipuan skim pelaburan kutu yang memperdaya ribuan mangsa di seluruh negara membabitkan kerugian didakwa puluhan juta ringgit.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim, berkata wanita berusia lingkungan 50-an digelar sebagai “ibu kutu” dalam skim itu turut dibantu beberapa orang ejen.



Katanya, skim itu yang bertapak di Johor memperdaya mangsa terdiri penjawat awam, golongan profesional dan suri rumah melibatkan kerugian setiap seorang antara RM7,000 hingga RM200,000.

“Kerugian keseluruhan melibatkan ribuan pemain kutu di seluruh negara dianggarkan puluhan juta ringgit,” katanya pada sidang media bersama Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Musa Hassan.

Hishamuddin berkata, skim itu menawarkan pembayaran ekstra sebanyak 60% daripada jumlah pelaburan, iaitu suatu kadar tidak pernah dijanjikan oleh institusi kewangan serta pelaburan yang sah.

“Namun, selepas jumlah pelaburan meningkat, bayaran tidak dibuat oleh penganjur skim berkenaan dan ramai berasa tertipu lalu membuat laporan polis.



“Setakat ini pihak kami menerima 60 aduan dengan 30 daripada mereka membuat laporan polis,” katanya turut memaklumkan “ibu kutu” bersama tujuh ejennya sudah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman semalam.

Sehubungan itu, beliau merayu Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan polis menyiasat kes berkenaan secara menyeluruh. FMT

‘Sapiza ibu kutu’ perdaya ribuan mangsa, kaut untung berjuta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker