Digantung sekolah sebab pakai skirt pendek, ibu tak puas hati

Digantung sekolah sebab pakai skirt pendek, ibu tak puas hati

LONDON: Seorang ibu tidak berpuas hati apabila pihak sekolah mengeluarkan surat amaran kepada anaknya yang memakai skirt terlalu pendek.

Lapor Daily Star, anak wanita itu bersekolah di Ysgol Eifionydd di Porthmadog, Gwynedd dengan surat amaran akan menggantung sesi persekolahan sekiranya memakai skirt sama.



Polisi uniform sekolah menetapkan pemakaian skirt hendaklah melepasi paras lutut, sedangkan, skirt yang dipakai pelajar itu kelihatan ketat dan berada di atas lutut.

Polisi sama turut melarang pemakaian seluar jeans, sukan dan legging.

Tammy Humphrey berkata, dia kecewa dengan kejadian itu kerana skirt yang dipakai anaknya adalah sama seperti tahun sebelumnya, cuma ia sedikit singkat.

Humphrey kemudian berkongsikan gambar uniform sekolah yang dipakai anaknya semasa hari kejadian sehingga mendapat perhatian warga maya dalam Facebook.



Pelajar Tahun Lapan itu merupakan antara 18 murid yang diberikan amaran berhubung pemakaian mereka semasa hari pertama persekolahan selepas musim luruh berakhir.

Pelajar lain yang dikenakan surat amaran kerana melakukan kesalahan seperti memakai alat solek muka terlalu tebal, menindik dan memakai stokin di paras buku lali. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Digantung sekolah sebab pakai skirt pendek, ibu tak puas hati


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker