Jelajah 99 pulau, lihat matahari terbenam dapat sijil di Langkawi

Jelajah 99 pulau, lihat matahari terbenam dapat sijil di Langkawi

LANGKAWI: Menelusuri gugusan 99 pulau sambil melihat matahari terbenam dari atas kapal persiaran mewah menjadi produk pelancongan baharu di pulau ini.

Malah, pelancong yang menyertai pakej ’99 island Cruise’ turut diberi sijil pengiktirafan sebagai individu yang menamatkan penjelajahan kelestarian alam di pulau ini.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) (Perancangan dan Pembangunan), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, berkata pakej pelancongan itu diyakini memberi impak kepada kedatangan pelancong.

“Pakej ini memberi tarikan tersendiri kerana menyediakan pengalaman berbeza kepada pelancong iaitu melihat keindahan dan kelestarian alam pulau lagenda dari laut.

“Kita terus menggalakkan produk yang unik seperti ini dalam usaha menarik pengembara berulang bagi memulihkan sektor pelancongan tempatan,” katanya di sini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sea Splash Travel Sdn Bhd (Sea Splash) dan Odysea Boat Operators Sdn Bhd (Odysea Boat) bagi memulakan operasi ’99 island Cruise’.



Pada majlis itu, Sea Splash diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya (KPE), Datuk Seri Mohd Shukri Mohd Nadzir, manakala Odeysea Boat diwakili KPEnya, Jean Marc.

Mohd Shukri berkata, pakej pelancongan yang ditawarkan pihaknya itu membolehkan pelancong meneroka keindahan gugusan kepulauan Langkawi sehingga tahap 100 peratus.

“Kapal bergerak selaju tujuh knot sahaja bagi membolehkan pelancong menyusuri seluruh pulau kecil dan besar untuk bergambar dan membuat kajian sehingga pada akhir pelayaran mereka diberikan sijil pengiktirafan,” katanya. BH

Jelajah 99 pulau, lihat matahari terbenam dapat sijil di Langkawi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker