Pendaki bawa lembu panjat Gunung Rinjani

Pendaki bawa lembu panjat Gunung Rinjani

Pendaki bawa lembu panjat Gunung Rinjani
SEEKOR lembu yang dibawa melakukan pendakian di Gunung Rinjani di Lombok.- Instagram @pendakilawas

JAKARTA – Tindakan sekumpulan pendaki membawa seekor lembu mendaki Gunung Rinjani di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat, semata-mata untuk dijadikan bekalan makanan mencetuskan kemarahan netizen, lapor laman berita detiktravel.

Aksi tersebut tular di media sosial dan dimuat naik semula oleh akaun Instagram @pendakilawas. Ia menunjukkan seekor lembu berdepan kesukaran ketika menaiki tangga di laluan pendakian tersebut.

Kelihatan juga seorang individu cuba menarik tali yang diikat pada lembu itu dari arah atas.

Berdasarkan keterangan di video tersebut, kumpulan berkenaan membawa lembu bagi menampung keperluan makanan untuk 10 orang pendaki dan 14 porter.

Bagaimanapun, perjalanan haiwan itu terpaksa dihentikan di kawasan Cikararat atau Gua Susu berikutan bentuk muka bumi yang terlalu sukar, berbatu dan berbahaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PIPBJ Buka Peluang Lebih Ramai Rakyat Johor Miliki Rumah Sendiri


“Akhirnya, lembu disembelih di lokasi tersebut dan dagingnya dimasak untuk hidangan seluruh rombongan,” demikian menurut keterangan dalam hantaran tersebut.

Video tersebut mengundang kecaman netizen.


Tindakan itu dianggap tidak berperikemanusiaan kerana lembu tersebut dipaksa untuk mendaki.

Menjawab isu berkenaan, pihak berkuasa tempatan mengesahkan tindakan tersebut melanggar undang-undang zon pemeliharaan.

Video tersebut merupakan kejadian lama yang berlaku tahun lalu, namun pihak pengurusan memandang serius perkara berkenaan.

“Membawa sebarang jenis haiwan atau hidupan liar ke dalam kawasan taman negara adalah dilarang sama sekali mengikut Prosedur Pengendalian Standard (SOP) pendakian kami,” kata Ketua Subbahagian Tata Usaha Balai Taman Negara Gunung Rinjani, Astekita Ardiaristonya – AGENSI

Pendaki bawa lembu panjat Gunung Rinjani


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakyat Johor Bakal Nikmati Taman Rekreasi Moden, Inklusif di Mutiara Rini

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker