Myanmar akan hukum mati ‘scammer’
Myanmar akan hukum mati ‘scammer’

NAYPYIDAW – Parlimen Myanmar meluluskan rang undang-undang (RUU) membenarkan hukuman mati terhadap mereka yang menahan atau memaksa mangsa secara ganas untuk bekerja di pusat-pusat penipuan dalam talian, kata Speaker Parlimen.
Rang Undang-undang Anti-Penipuan Dalam Talian itu diluluskan selepas Parlimen membenarkan pindaan kepada draf tersebut di ibu negara Naypyidaw, kata Speaker Parlimen, Aung Lin Dwe semasa siaran langsung televisyen.
“Tiada banyak perubahan yang dibuat. Bahagian pentingnya kekal sama,” kata wakil rakyat, Aye Chan.
RUU diterbitkan Mei lalu itu merangkumi hukuman penjara 10 tahun hingga seumur hidup, serta hukuman mati, bagi ‘keganasan, penyeksaan, tangkapan dan penahanan menyalahi undang-undang, atau layanan kejam terhadap orang lain bagi tujuan memaksa mereka melakukan penipuan dalam talian’.
Jika kesalahan sedemikian menyebabkan kematian, ‘hukuman mati hendaklah dikenakan’, katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiga Agenda Utama Mohd Zaidy Untuk Manfaat Rakyat DUN Jeram Padang
- Rozi Yakin Mohd Razi Pilihan Tepat, Seru Pengundi Tolak Helah Lawan
PIPBJ Buka Peluang Lebih Ramai Rakyat Johor Miliki Rumah Sendiri
RUU itu juga membenarkan hukuman maksimum penjara seumur hidup bagi mereka yang ‘mengendalikan pusat penipuan dalam talian’ dan mereka yang ‘melakukan penipuan mata’ wang digital (penipuan kripto)”.
Pusat penipuan internet berkembang pesat di Myanmar yang dilanda perang saudara, menyasarkan pengguna internet di seluruh dunia dengan penipuan percintaan (love scam) dan pelaburan mata wang kripto.
Pasaran gelap bernilai berbilion-bilion dolar itu menarik ramai pekerja yang rela, tetapi warga asing yang dihantar pulang melaporkan telah diperdagangkan ke pusat-pusat penipuan di Myanmar dan diseksa.
Undang-undang anti-penipuan ini merupakan yang pertama diluluskan oleh kerajaan baharu Myanmar, diketuai oleh bekas ketua junta Min Aung Hlaing. – AGENSI
Myanmar akan hukum mati ‘scammer’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Jentera Jangan ‘Over Confident’, Terus Mantapkan Gerak Kerja
- Kita Gandakan Usaha, Satu Undi Sangat Bermakna – Mohd Razi
- PRN NS: Jentera Perlu Peka, Pantas Cantas Isu Berbangkit
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakyat Johor Bakal Nikmati Taman Rekreasi Moden, Inklusif di Mutiara Rini
You must be logged in to post a comment.