Pinda segera Perlembagaan Malaysia, Mufti dan agamawan perlu sepakat

Gambar Hiasan***

Para mufti dan golongan agamawan di negara ini perlu mendesak kerajaan segera mengemukakan cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan susulan kontroversi membabitkan status agama tiga anak Loh Siew Hong.

Pindaan itu kerajaan perlu memasukkan peruntukan bahawa sebarang undang-undang atau peraturan yang berlawanan dengan hukum Islam hendaklah dianggap terbatal.

“Maknanya jika peruntukkan itu dah ada dalam perlembagaan (selepas dipinda), tidaklah penat sangat mufti nak menjaga Islam daripada terancam.

“Mana-mana keputusan mahkamah yang dilihat bercanggah dengan Islam, automatik terbatal dan tidak terpakai,”

Kontroversi semasa membabitkan seorang ibu tunggal beragama Hindu dengan tiga anaknya.

Isu berpunca selepas ketiga-tiga anaknya itu – termasuk sepasang kembar – mengikut bapa mereka dan diislamkan secara sepihak tiga tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu Loh dinafikan haknya untuk bertemu mereka sehinggalah dia dapat mengesan keberadaan anak-anaknya itu baru-baru ini.

Bagaimanapun hari ini, Loh berjaya dalam cabaran undang-undangnya untuk membatalkan penahanan remaja terbabit.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi membenarkan permohonan habeas corpus oleh wanita itu terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seorang ustazah yang menjaga kanak-kanak terbabit.

“Ketiga-tiga kanak-kanak itu akan dibebaskan serta-merta kepada penjagaan dan kawalan tunggal pemohon (Loh),” kata hakim, Collin Lawrence Sequerah.

Che Ibrahim berkata, sekiranya kerajaan enggan membuat pindaan tersebut barisan mufti dan agamawa diharap dapat meletakkan jawatan beramai-ramai demi kesucian Islam.

“Nak jaga akidah budak-budak bukan Islam yang masuk Islam pun tak boleh, nak jaga negara lagilah tak boleh diharap,” katanya.

Sebagai rekod sebelum ini Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin antara individu yang menonjol dalam usaha mempertahankan tiga kanak-kanak berkenaan daripada diserahkan kembali kepada ibu mereka.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

https://mykmu.net/2022/02/20/ogy-belasah-nazief-viral-sehingga-ke-rusia-video/​

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker