78 Kali Lelaki Ini Positif Covid-19 Dan Telah Jalani Kuarantin Selama 14 bulan [VIDEO]

78 Kali Lelaki Ini Positif Covid-19 Dan Telah Jalani Kuarantin Selama 14 bulan [VIDEO]

BUKAN dua atau tiga kali, tetapi lelaki ini didapati positif untuk virus Covid-19 sebanyak 78 kali!

Dek kerana itu, Lelaki ini berasal dari Turki , Muzaffer Kayasan, 56, dilaporkan sudah menjalani kuarantin sejak 14 bulan lalu.

Muzaffer diuji positif Covid-19 buat kali pertama pada November 2020. Dia dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan sehingga jangkitannya semakin pulih.

Memandangkan penting untuk mengasingkan individu positif Covid-19 bagi mengawal penularan virus, Muzaffer tidak dapat bersosial langsung.

Dia tidak dapat meluangkan masa bersama keluarganya dan tidak dapat bertemu rakan-rakan.

Dia hanya boleh berbual dengan keluarganya menerusi tingkap.

Memandangkan Muzaffer tidak diuji negatif walaupun sekali, dia tidak dapat menerima suntikan vaksin Covid-19.

Situasi ‘luar biasa’ Muzaffer di mana badannya masih menyimpan virus tersebut selepas tempoh sekian lama, adalah disebabkan dia merupakan pesakit leukemia dan mengalami gangguan imun.

Penyakit ini mengurangkan bilangan sel darah putih dalam badan pesakit dan menjejaskan imuniti mereka dengan teruk.

Walaupun doktor memberi ubat untuk meningkatkan imuniti Muzaffer, namun prosesnya agak perlahan.- Daily Mail

78 Kali Lelaki Ini Positif Covid-19 Dan Telah Jalani Kuarantin Selama 14 bulan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker