Kampung ghaib 30 tahun muncul semula

Kampung ghaib 30 tahun muncul semula

Madrid: Sebuah perkampungan di Aceredo di Sepanyol, yang sebelum ini ‘lenyap’ selama 30 tahun kerana pembinaan empangan, kini dapat dilihat semula.

Ia selepas kemarau menyebabkan paras air empangan berkenaan turun mendadak.

Mirror UK melaporkan kawasan kampung yang tenggelam itu dapat dilihat selepas kawasan berkenaan tidak dilanda hujan selama hampir dua bulan.

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat bumbung bangunan di permukaan empangan Lindoso di barat laut Sepanyol itu.

Penduduk tempatan dapat melihat kereta berkarat dan jalan lama.

Ketika musim kemarau, kampung lama itu akan muncul semula selepas ditenggelami 30 tahun lalu selepas pembinaan empangan hidroelektrik sebelum ini menyebabkan kampung itu tenggelam.

Bagaimanapun, kini adalah musim sejuk, tetapi hampir keseluruhan kawasan kampung itu dapat dilihat.

Kapasiti empangan itu pada masa ini hanya 15 peratus.

Ia sekali gus mendedahkan bangunan dan struktur di kampung berkenaan.

Pesara Maximino Perez Romero, 65, berkata dia berasa seperti sedang menonton filem. HM

Kampung ghaib 30 tahun muncul semula


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker