Wanita 24 tahun kumpul RM5 bilion


Wanita 24 tahun kumpul RM5 bilion

Wanita Ini ‘Kumpul’ RM5 Bilion Pada Usia 24 Tahun, Disenarai Antara Jutawan Muda Oleh Forbes

Mempunyai kekayaan pada usia muda pastinya menjadi impian generasi milenial. Namun, tanpa usaha yang keras, impian hanya tinggal impian.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita bernama Alexandra Andresen yang berasal dari Norway. Pada usia muda, dia sudah memasuki senarai antara orang terkaya di dunia dengan menduduki tempat ke-2141.

Seperti dilaporkan oleh Forbes Real Time, di usia 24 tahun, kekayaannya kini mencapai USD$ 1.3 bilion atau sekitar RM5 bilion.

Kekayaan Alexandra berasal dari warisan ibu bapanya Johan Andresen dalam bentuk pegangan 42% saham dalam syarikat pelaburan keluarga, Ferd.

Bukan hanya Alexandra, harta pusaka milik ibu bapanya juga diserahkan kepada kakaknya dan masing-masing mewarisi 42% kekayaan ibu bapanya.

Screenshot 2021-06-22 at 12.29.44 PM
Alexandra disahkan sebagai jutawan termuda di dunia. Ini berlaku setelah kerajaan Norway mengembalikan cukai untuk mereka yang berumur lebih dari 17 tahun.

Walaupun muda dan kaya, Alexandra juga dikenali sebagai orang yang rendah diri. Difahamkan bahawa dia hanya memandu kereta biasa dan tidak terlalu menunjuk.

Sebagai anak orang berada, kehidupan Alexandra juga agak luar biasa. Di hari biasa, dia adalah seorang penunggang kuda profesional.

Ayahnya, Johan Andresen Jr, adalah pengusaha perniagaan keluarga, firma pelaburan Ferd, yang merupakan salah satu syarikat swasta terbesar di Norway. Syarikat ini masih kukuh bertahan dan menguasai 70% struktur saham kelas dua. Vc

Wanita 24 tahun kumpul RM5 bilion


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wawa Wahid Enterprise, perlukah sita pakaian?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker