‘Pulanglah Adik’, Dilaporkan Hilang Sejak Semalam

‘Pulanglah Adik’, Dilaporkan Hilang Sejak Semalam

“Pulanglah adik, kami sekeluarga menunggu kepulangan adik dan sudah cuba sedaya upaya mencari adik,” kata Fatin Fazreen Mohd Fadhli, 20.

Dia kakak kepada Fatin Faeeza Mohd Fadhli ,18, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak jam 6 petang semalam selepas keluar berjoging di Taman Ehsan, Kepong.



Menurutnya, kali terakhir menghubungi adiknya itu pada jam 8 malam selepas didapati tidak pulang ke rumah.

“Dia keluar untuk berjoging selepas lama tidak keluar dari rumah, saya ada hubungi dia namun tidak berjawab sebelum telefon dimatikan.

“Adik baru selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ini kali pertama dia keluar ke rumah untuk berjoging,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Fatin Fazreen berkata, keluarganya juga sudah menghubungi rakan adiknya itu namun tidak memperoleh sebarang maklumat.



“Sebelum ini dia memang tidak ada masalah dengan keluarga, kami sentiasa berkomunikasi dengannya.

“Pakaian terakhir dipakai adik ketika keluar berjoging adalah jaket berwarna hitam dan bertudung ungu,” katanya.

Susulan itu, dia sekeluarga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat adiknya untuk menghubungi keluarganya.

“Setakat ini kami masih belum membuat laporan polis lagi kerana masih belum 24 jam dari masa kehilangan adik.-HM



“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi saya di talian 018-2682210 atau hubungi ayah saya di talian 018-2907702,” katanya.

‘Pulanglah Adik’, Dilaporkan Hilang Sejak Semalam


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan



Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker