Budak dikurung dalam tandas: Bapa dan teman wanita ditahan

Lelaki berusia 37 tahun dan teman wanitanya ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah IPD Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, tindakan itu diambil susulan laporan polis yang diterima jam 4.13 petang pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, pengadu yang juga seorang wanita memaklumkan menerima maklumat bahawa kanak-kanak itu berada dalam bilik air dalam keadaan kurus serta tidak bermaya.



Menurutnya, pengadu juga menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

“Pihak polis membawa balik kanak-kanak itu ke balai polis dan pengadu turut membuat laporan polis.

“Suspek iaitu bapa dan teman wanitanya berusia 39 tahun kemudia ditahan serta direman mulai 13 Oktober hingga 18 Oktober,” katanya.

Rahmat berkata, hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak bersekolah dan tinggal bersama bapa kandungnya serta teman wanita bapanya.



“Terdapat kesan dipukul pada tubuh mangsa dan juga kesan pukul lama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak 2001.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker