COVID-19: Varian C.1.2 tidak merebak – WHO
COVID-19: Varian C.1.2 tidak merebak – WHO
VARIAN koronavirus baharu yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada Mei, setakat ini tidak tersebar.
Perkara itu disahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut menjelaskan, langkah pemantauan sedang diambil untuk melihat perkembangan virus COVID-19 yang bermutasi itu.
Jurucakap WHO Margaret Harris berkata pada Selasa, varian yang dilabel C.1.2 itu tidak diklasifikasi sebagai varian membimbangkan atau ‘variant of concern’.
Saintis di Afrika Selatan kini sedang memantau varian terbaru COVID-19 dengan kadar mutasi yang luar biasa tinggi itu dan kekerapannya beransur-ansur meningkat dalam tempoh beberapa bulan terakhir.
Varian itu ditandai pada minggu lalu oleh ‘KwaZulu-Natal Research and Innovation and Sequencing Platform’ dalam kajian pra-cetak yang belum dikaji semula.
Walaupun sebilangan besar kes COVID-19 di Afrika Selatan pada waktu ini disebabkan oleh varian Delta, yang pertama kali dikesan di India, varian baharu C.1.2 menarik perhatian saintis kerana mutasinya hampir dua kali lebih pantas daripada yang diperhatikan dalam varian global yang lain.
Saintis Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NICD) Afrika Selatan memaklumkan pada Isnin, varian C.1.2 hanya ‘hadir pada tahap yang sangat rendah’ dan terlalu awal untuk meramalkan bagaimana ia mungkin berkembang.
Setakat ini, varian C.1.2 sudah dikesan di sembilan wilayah di Afrika Selatan serta di bahagian lain dunia, termasuk China, Mauritius, New Zealand dan Britain.
Afrika Selatan adalah antara negara paling teruk dilanda pandemik itu dengan lebih 2.7 juta kes COVID-19 dilaporkan setakat ini, iaitu sekurang-kurangnya 81,830 orang meninggal dunia.-Awani
COVID-19: Varian C.1.2 tidak merebak – WHO
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat
- Ayda Jebat berang netizen persoal alat sulit suami
- Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah
- Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia
- Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan
- PKR, DAP terima dana asing NED?
- ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO
- Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu
- Nabila tapis dahulu siapa jadi mak tiri Jebat
- Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
- Kelas Silat Online Malaysia yang pertama
Layari Laman Facebook MYKMU
Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan
You must be logged in to post a comment.