Mawar Rashid didakwa bakal bercerai, kini diam seribu bahasa

PETALING JAYA — “Ya, saya Mawar”.

Demikian jawapan pelakon Mawar Rashid yang terus memutuskan panggilan sebaik wartawan memperkenalkan diri dan memintanya mengulas mengenai desas-desus perceraian dengan suaminya, Raf Yaakob.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu memilih pendekatan diam diri seribu bahasa daripada mengulas gosip kemelut rumah tangganya.

Malah pemilik nama penuh Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, itu mematikan telefon ketika percubaan kedua Kosmo! Online untuk menghubunginya semula.

Situasi tersebut menunjukkan Mawar enggan lagi diganggu pihak luar.

Sementara itu, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob pula meminta orang ramai memberi ruang kepada adik iparnya dan Raf.

Walaupun dia merupakan anak sulung, Fazley enggan masuk masuk campur mahu pun mengulas perkara tersebut.

“Saya mohon maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri,” katanya.

Selebriti berusia 45 tahun itu juga memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk Raf dan Mawar.

“Apa yang boleh saya cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk Raf dan Mawar. Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, terdapat media melaporkan Mawar dan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini untuk urusan penceraian.

Namun begitu, Mawar dan Raf masing-masing tidak kelihatan di mahkamah hari ini tanpa diketahui sebabnya.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati, Mawar juga tidak lagi mengikuti Raf Yaakob di Instagram baru-baru ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker