Kes video lucah ‘Hot Daddy’, 6 lagi wanita ditahan

PETALING JAYA: Enam lagi wanita telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan mengiklankan video seks melibatkan lebih 20 wanita melalui media sosial.

Kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu diberkas minggu lepas menerusi fasa kedua Op Daddy, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Zain.

“Siasatan mendapati kesemua wanita itu melakukan hubungan seks secara sukarela, tiada paksaan dan ada yang bermotifkan keuntungan.



“Kesemua mereka telah direman untuk membantu siasatan, bagi mengesan individu lain yang terlibat dalam penghasilan video seks,” katanya pada sidang akhbar selepas program Dialog Awam bersamanya di Klang, lapor Bernama.

Beliau turut mengingatkan orang awam, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana individu yang menyimpan bahan pornografi dalam peranti, termasuk telefon bimbit, mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Jumaat lepas, seorang lelaki dan dua rakan wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengiklankan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.

Hakim membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Feb untuk serahan dokumen.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil



Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker