Sajat Sedih ‘Pembuli’ Anak Di Media Sosial

Sajat Sedih ‘Pembuli’ Anak Di Media Sosial

Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjat Kamaruddin atau Sajat sedih dengan ‘pembuli siber’ yang mengatanya dengan ayat dan perkataan yang tidak elok kerana semua itu sudah boleh difahami oleh dua anak kembarnya.

Kata Sajat, anak kembarnya itu kini berusia enam tahun sudah boleh membaca dan pernah melihat di media sosial perkataan yang tidak elok yang dilemparkan kepadanya selama ini.

“Anak saya tahun depan darjah 1, mereka sudah pandai membaca, pernah tanya saya apa maksud perkataan itu dan ini, saya sedih, tidak mahu mereka dibuli seperti saya ketika kecil,” ujarnya ketika Live di Instagramnya semalam.

Sajat yang beberapa mengesat air matanya ketika bercerita mengenai anak kembarnya itu, tidak mahu perkara yang dilaluinya ketika kecil berlaku kepada kedua-dua anak yang dijaganya itu.

“Saya penjaga mereka sekarang, saya sayang mereka, apabila ada orang tulis, mak kau begitu, mak kau begini dan mereka tanya saya balik, saya jadi sedih, tidak mahu mereka trauma dengan dunia media sosial,” ujarnya.

Tambah Sajat, disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan lagi kedua-dua anaknya itu di media sosial lagi dan biarlah kedua-duanya hidup seperti orang lain.

“Saya mahu beri didikan yang terbaik kepada mereka tanpa meminta balasan, sebagai penjaganya, saya akan melindungi mereka agar tidak trauma dengan dunia media sosial dan dapat hidup macam kanak-kanak biasa,” ujarnya.-KO

Sajat Sedih ‘Pembuli’ Anak Di Media Sosial


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara

Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker