Lelaki maut selepas rebah di hadapan restoran kegemaran

Lelaki maut selepas rebah di hadapan restoran kegemaran

Seorang lelaki mengadu tidak sedap badan sebelum keluar ke tempat kerja rebah lalu meninggal dunia di hadapan sebuah restoran di Taman Keladi, Sungai Petani, hari ini.

Kejadian itu berlaku pada 7.15 pagi selepas seorang pelanggan melihat mangsa rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dia memberitahu pemilik restoran.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah, berkata menyedari kejadian itu, pemilik restoran berkenaan menghubungi pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, kakitangan HSAH yang tiba di lokasi dan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan lelaki berusia 57 tahun itu sudah meninggal dunia.

“Hasil keterangan pemilik restoran, dia mendakwa lelaki terbabit adalah pelanggannya dan akan datang setiap 7 pagi untuk membeli makanan sebelum ke tempat kerja.

“Siasatan polis mendapati lelaki berkenaan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Kulim, Kedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, isteri lelaki terbabit memberitahu kali terakhir dia bertemu suaminya sebelum mangsa keluar ke tempat kerja pada 6.45 pagi hari ini.

“Isterinya mendakwa lelaki itu sebelum ini ada mengadu dia tidak sedap badan namun tetap berkeras mahu pergi ke tempat kerja.

“Wanita berkenaan juga memberitahu, walaupun tidak sihat namun suaminya tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital dan memang menjadi rutin lelaki itu membeli sarapan di premis terbabit sebelum ke tempat kerjanya,” katanya.

Adzli berkata, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Proses sanitasi sudah dilakukan di lokasi dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat selepas mendapat keputusan ujian Covid-19,” katanya. FMT

Lelaki maut selepas rebah di hadapan restoran kegemaran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker