Ikan lumba-lumba mati akibat tertekan diganggu pengunjung

Ikan lumba-lumba mati akibat tertekan diganggu pengunjung

AUSTIN, Texas – Seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di sebuah pantai di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) mati selepas pengunjung cuba menunggang dan berenang dengan mamalia itu, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Ikan lumba-lumba yang cedera itu terdampar di Pantai Quintana sebelum ditolak semula ke tengah laut oleh pengunjung yang mahu berenang dengannya.



Mereka juga didakwa cuba menunggang haiwan itu sebelum diheret semula ke pesisir pantai dan diganggu orang ramai hingga mati sebelum pasukan penyelamat sempat tiba di lokasi kejadian.

Insiden tersebut didedahkan oleh sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dari Texas, Marine Mammal Stranding Network (MMSN) menerusi laman Facebook rasminya.

Organisasi itu berkongsi imej orang ramai mengelilingi ikan lumba-lumba betina itu dalam air cetek dengan siripnya boleh dilihat di permukaan air.

Sekeping gambar pula menunjukkan haiwan itu terbaring lesu dengan orang ramai berdiri di sekelilingnya.



“Jenis gangguan ini menyebabkan tekanan yang tidak wajar kepada ikan lumba-lumba liar, berbahaya bagi orang yang berinteraksi dengan mamalia ini dan menyalahi undang-undang.

“Pesalah boleh didenda dan jika sabit kesalahan, akan dihukum penjara,” tulis organisasi itu.

MMSN turut menasihati orang ramai bahawa sekiranya terjumpa ikan lumba-lumba atau paus yang terdampar untuk tidak menolaknya kembali ke laut, tidak cuba berenang dengan haiwan itu, berinteraksi atau mengerumuninya sehingga pasukan penyelamat tiba. K Online

Ikan lumba-lumba mati akibat tertekan diganggu pengunjung




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker