Doktor letak jawatan, beri notis 24 jam

Doktor letak jawatan, beri notis 24 jam, kata kumpulan

Kumpulan Hartal Doktor Kontrak berkata, doktor memberi notis 24 jam kerana kepenatan dan kecewa dengan kekurangan peluang kerjaya.

Dalam satu kempen media sosial, Hartal Doktor Kontrak menggesa doktor kontrak bermogok pada 26 Julai ini, jika kerajaan gagal menyelesaikan masalah penempatan tetap mereka.



Wakil daripada Hartal Doktor Kontrak sebelum ini memberitahu FMT, tidak banyak insentif untuk doktor kontrak kekal di perkhidmatan awam dan kekurangan peluang untuk doktor junior mengembangkan kerjaya mereka, sama ada melalui ijazah sarjana atau mengambil pengkhususan.

“Doktor meletak jawatan dengan notis 24 jam. Hanya kerana terlalu letih dan tidak boleh bertahan lagi,” menurut catatan di Twitter Hartal Doktor Kontrak semalam.

Turut disertakan dalam catatan itu ialah gambar jadual kerja yang menunjukkan seorang kakitangan sudah meletak jawatan. Tiada maklumat mengenai hospital atau kemudahan perubatan yang diberikan.

“Terima berita ramai rakan bukan sahaja mengambil cuti kecemasan, tetapi mereka meletak jawatan,” menurut pengguna Twitter @mustaphakamal93 dalam catatan di Twitter Hartal Doktor Kontrak.



“Jelas mereka kepenatan dan kecewa dengan KKM (Kementerian Kesihatan),” kata @mustaphakamal93, yang profilnya menunjukkan beliau ialah doktor sambilan.

Turut disertakan dalam catatan itu ialah gambar surat peletakan jawatan seorang pegawai kontrak Gred UD41 yang berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. FMT

Doktor letak jawatan, beri notis 24 jam


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker