Covid-19 : 12366 kes baharu, naik semula

Covid-19 : 12366 kes baharu, naik semula

Sehingga 20 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 12,366 kes (939,899 kes)

Kementerian Kesihatan melaporkan 12,366 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 939,899 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 5,524 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,580), Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701), Sabah (657), Pulau Pinang (460), Sarawak (351), Melaka (309), Perak (295), Pahang (288), Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) dan Perlis (dua).

Berdasarkan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu di Kuala Lumpur juga naik semula kepada 1,580 selepas merekodkan 609 semalam.

Walau bagaimanapun, jangkitan di Negeri Sembilan yang melonjak melebihi paras 1,000 kembali turun kepada tiga angka dengan merekodkan 970 kes baharu.

Beberapa negeri lain turut mencatatkan peningkatan jangkitan hari ini.

Kes baharu di Sabah dan Sarawak tidak banyak berubah apabila naik sedikit kepada 657 dan 351 hari ini.

Perkara sama dapat dilihat di Pulau Pinang dan Kelantan yang meningkat kepada 460 dan 179 berbanding masing-masing mencatatkan 426 serta 170 kes baharu semalam.

Peningkatan kes juga dapat dilihat di Terengganu dan Putrajaya yang masing-masing merekodkan 190 serta 50 penularan hari ini.

Namun begitu, ada beberapa negeri lain mencatatkan penurunan drastik termasuk Johor yang merekodkan kes baharu di bawah 800 kepada 793 jangkitan hari ini.

Selain itu, Perak, Melaka dan Pahang juga menyaksikan penurunan dengan masing-masing mencatatkan 295, 309 dan 288 kes baharu.

Kedah pula kekal berada di paras 701 jangkitan baharu hari ini manakala 17 kes direkodkan di Labuan.

Hanya dua kes dicatatkan di Perlis.

Covid-19 : 12366 kes baharu, naik semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker