Polis cari warga asing solat sunat Aidiladha luar surau

Polis cari warga asing solat sunat Aidiladha luar surau

SEBERANG PERAI – Polis mengesan kira-kira 200 jemaah yang melakukan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan Surau Taman Pelangi, Juru di sini hari ini.

Ia bagi membantu siasatan dakwaan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika mereka menunaikan solat tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada pelanggaran SOP oleh pihak pengurusan di surau berkenaan, namun berlaku limpahan jemaah di luar surau sehingga menjadi luar kawalan.

Menurutnya, surau tersebut adalah surau kariah yang dibenarkan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha dengan kapasiti 100 orang.

“Sebelum solat sunat, pihak surau sudah ambil tindakan menghadkan 100 orang dan meminta lebihan jemaah yang datang untuk beransur pulang.

“Namun, terpaksa akur dengan sensitiviti selepas mereka yang tidak dapat masuk memilih untuk solat di luar surau dengan penjarakan fizikal, namun pihak surau tidak hubungi polis kerana sensitiviti itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video orang awam yang didakwa ratusan warga asing sedang melakukan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang berdekatan pangsapuri didakwa berlaku di Taman Pelangi, Juru pagi tadi.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengesan jemaah terbabit yang dianggarkan kira-kira 200 orang dan disyaki warga asing bagi membantu siasatan.

“Di kawasan itu terdapat kira-kira 70 peratus warga asing daripada lebih kurang 8,000 penduduk dan menerusi video berkenaan, jelas menunjukkan mereka merupakan warga asing.

“Justeru polis meminta penduduk untuk sama-sama membantu mengesan mereka yang hadir dan kita akan cuba mengenal pasti mereka menerusi video yang tular tersebut,” katanya.

Menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mohd. Shuhaily turut memohon maaf kepada seluruh penduduk di negeri ini atas kegagalan pihaknya mengesan perkara berkenaan lebih awal.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan meminta semua pengerusi masjid dan surau untuk membuat aduan kepada polis sekiranya terdapat mereka yang enggan mematuhi SOP dalam tempoh tiga hari (hari tasyrik) ini dengan menghubungi talian 04-222 1722,” katanya lagi. K Online

Polis cari warga asing solat sunat Aidiladha luar surau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker