Empat penyamun bersaudara tumpas

Empat penyamun bersaudara tumpas

KLANG – Kegiatan empat bersaudara menyamun rumah teres di daerah ini sejak empat bulan lalu akhirnya tumpas apabila ditangkap dalam lima serbuan berasingan baru- baru ini.

Keempat-empat suspek ditangkap dalam tempoh tiga hari bermula 14 Julai lalu di sekitar Kapar dan Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam dekat sini.



Turut ditahan seorang wanita memiliki barang curi. Mereka berusia 20 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, penangkapan itu susulan samun bersenjata dilakukan di sebuah rumah di Taman Seri Mewah di sini pukul 3 pagi pada 7 Julai lalu.

Katanya, semasa kejadian dua suspek yang menutup muka dengan kain termasuk seorang daripadanya telah mengacukan pisau kepada isteri mangsa sebelum menarik rantai dan gelang tangan.

Turut dilarikan adalah komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai dengan jumlah kerugian mencecah RM15,000.



“Bertindak hasil maklumat, tangkapan awal dilakukan terhadap seorang lelaki pukul 9.15 malam pada 14 Julai lalu sebelum siasatan membawa kepada penahanan dua lagi rakan suspek selang sehari kemudian.

“Penangkapan seterusnya dilakukan terhadap seorang wanita manakala suspek terakhir ditahan di Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam pukul 6 pagi Jumaat lalu.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurulhuda memberitahu, operasi dilakukan sepasukan anggota dan pegawai cawangan Jenayah Berat ( D9 ) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dan Bahagian Khas (D8) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor turut merampas lima telefon bimbit dan masing-masing dua bagi motosikal dan topi keledar selain sebilah pisau.

Beliau menjelaskan modus operandi kumpulan adalah empat suspek menaiki dua buah motosikal dan menyasarkan rumah teres yang kurang penghuni dan tiada kenderaan.



“Tiga suspek akan masuk ke dalam rumah dengan memanjat pagar kediaman dan mengumpil pintu hadapan sementara seorang lagi menunggu diluar.

“Kesemua suspek memakai penutup muka menggunakan baju dengan seorang daripadanya memegang pisau. Suspek wanita pula ditangkap kerana memiliki barang dicuri,” katanya.

Kata beliau, keempat-empat suspek lelaki itu mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah kekerasan selain dua daripadanya pernah dikenakan tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

“Hasil penangkapan mereka berjaya menyelesaikan lima kes samun dalam rumah menggunakan pisau di Klang yang berlaku sekitar April hingga bulan ini.



“Kelima-lima suspek yang mempunyai kaitan keluarga itu direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya. K Online

Empat penyamun bersaudara tumpas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker