Suami maut, isteri mengandung parah kemalangan

Suami maut, isteri mengandung parah kemalangan

Seorang lelaki maut, manakala isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan parah selepas motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah lori yang berhenti di tepi jalan akibat rosak di Jalan Tun Abang Haji Openg, Sibu di Sarawak semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian 3.10 petang itu, penunggang motosikal terbabit, Roddy Dejah, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala isterinya Allina Cynthia Kilau, 17, mengalami kecederaan parah.



Beliau berkata, kejadian berlaku apabila motosikal itu merempuh sebuah lori selepas pemandunya dikatakan memberhentikan kenderaan berkenaan di lorong kiri jalan untuk memeriksa kerosakan yang dialami.

“Motosikal ditunggang mangsa bersama isteri dari arah belakang lorong sama, dikatakan melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori itu ketika pemandunya sedang membuat pemeriksaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Stanley berkata, susulan itu penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Sibu.

“Pembonceng yang sedang mengandung tujuh bulan pula parah dan dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan,” katanya dan menambah hasil semakan mendapati penunggang itu tidak memiliki lesen memandu dan motosikal terbabit adalah milik ibu mentuanya.



Berikutan insiden itu, beliau berkata, pemandu lori terbabit yang berusia 54 tahun, ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. FMT

Suami maut, isteri mengandung parah kemalangan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker