Kerajaan perpaduan hanya berfungsi dengan syarat jelas

Kerajaan perpaduan hanya berfungsi dengan syarat jelas, kata penganalisis

Sebuah kerajaan perpaduan hanya akan berfungsi sekiranya semua masalah diselesaikan dahulu dan dasar yang telus tanpa sebarang diskriminasi perlu digariskan, kata seorang penganalisis politik.

Bagi membolehkan ia berfungsi juga, perdana menteri baharu mesti mempunyai sokongan penuh, kata ahli akademik itu Azmi Hassan.

Semua parti politik utama mesti diberi jaminan terhadap hak mereka dalam kerajaan.

“Dengan cara itu, barulah kerajaan perpaduan boleh berjaya,” katanya kepada FMT.

Idea penubuhan kerajaan perpaduan mula timbul pada Februari 2020 ketika dicadangkan oleh Dr Mahathir Mohamad selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya.

Beliau menjemput parti yang menjadi seteru politik untuk bergabung memandangkan ketika itu tiada pemimpin politik yang mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, cadangannya ditolak.

Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri pada Mac 2020 sebelum meletakkan jawatan semalam selepas hilang sokongan majoriti dan kini memimpin kerajaan sementara sehingga pengganti baharu dinamakan.

Muhyiddin juga cuba mendapatkan sokongan parti lain menerusi undi percaya dan perjanjian dengan parti pembangkang, menawarkan untuk melaksanakan pembaharuan politik dalam usaha terakhirnya menyelamatkan kerajaan namun cadangan itu turut ditolak.

Azmi berkata kerajaan perpaduan yang stabil hanya boleh dibentuk dengan melakukan persetujuan awal terhadap portfolio menteri dalam Jemaah Menteri baharu bagi mengelakkan kesilapan sama oleh Perikatan Nasional (PN).

“Perjanjian awal pra-Kabinet mengenai portfolio ini amat penting bagi mengelakkan pertelingkahan selepas ini. Semua harus jelas dan telus,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penganalisis sosio-politik Awang Azman Pawi berkata Malaysia tidak boleh ditadbir oleh pemimpin politik yang mewakili satu kaum seperti yang dilihat dalam PN.

“Kerajaan baharu perlu diwakili oleh semua kaum dan barulah ia mempunyai majoriti kukuh daripada pelbagai parti,” katanya.

Beliau mencadangkan Yang di-Pertuan Agong menggunakan pengaruhnya untuk mendorong parti terbabit membentuk kerajaan perpaduan.

Tanpa campur tangan diraja, Umno mungkin tidak mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP, seperti yang diputuskan dalam perhimpunan agung parti pada Mac lalu untuk tidak bekerjasama dengan pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dan DAP.

Awang Azman berkata kerajaan perpaduan akan memastikan perdana menteri baharu mempunyai majoriti kukuh untuk memimpin negara, tidak seperti PN yang melalui krisis politik berterusan kerana mempunyai majoriti tipis.

Penganalisis Kenneth Cheng berkata kerajaan perpaduan adalah satu konsep baharu tetapi boleh dilaksanakan sekiranya ia berorientasikan hasil.

“Mereka perlu memberi fokus terhadap kesihatan dan ekonomi,” katanya yang menambah, kesihatan mental adalah isu utama selepas sekatan penuh dikuatkuasa selama berbulan-bulan.

Kerajaan baharu juga perlu menetapkan tarikh untuk pilihanraya umum akan datang.

“Mereka tidak boleh melakukan kesilapan dengan berkata PRU-15 hanya akan diadakan selepas berjaya mengawal penularan Covid-19,” katanya. FMT

Kerajaan perpaduan hanya berfungsi dengan syarat jelas

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker