5 maut di lapangan terbang Panik mahu lari dari Taliban

Sebaran :

5 maut di lapangan terbang Panik mahu lari dari Taliban. Tindakan Taliban mengambil alih Afghanistan telah menimbulkan panik dalam kalangan penduduk di negara ini.

Keadaan itu menyebabkan sekurang-kurangnya lima maut selepas orang ramai berpusu-pusu ke Lapangan Terbang Kabul untuk melarikan diri.

Hampir kesemua kematian diakibatkan oleh orang ramai cuba memanjat tangga automatik memasuki pesawat sebelum terjatuh dan menghempap orang di bawah.

Sebelum itu, tentera Amerika Syarikat (AS) dilapor melepaskan tembakan ke udara di Lapangan Terbang Kabul selepas keadaan semakin tidak terkawal.

Ia berikutan tindakan orang ramai yang berasak-asak mahu menaiki pesawat meninggalkan negara ini.

Bunyi tembakan tentera AS turut kedengaran dalam beberapa rakaman video yang dikongsi di laman sosial.

Tentera AS kini mengawal dan menguasai Lapangan Terbang Kabul bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar.

Sementara itu, sejumlah penduduk Afghanistan yang sebelum ini melarikan diri ke Pakistan sudah mula masuk semula ke negara ini selepas Taliban memberi jaminan akan membentuk kerajaan yang lebih baik. – Agensi

5 maut di lapangan terbang Panik mahu lari dari Taliban


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini


Sebaran :

Leave a Reply