Pesawat pemadam kebakaran terhempas, lapan anak kapal terbunuh di Turki

Pesawat pemadam kebakaran terhempas, lapan anak kapal terbunuh di Turki

SEBUAH pesawat pemadam kebakaran dari Rusia terhempas di kawasan pergunungan di selatan Turki pada Sabtu, mengorbankan kesemua lapan individu di dalamnya.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, insiden itu menyaksikan lapan anak kapal yang terdiri daripada lima warga Rusia dan tiga warga Turki, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian, pesawat jenis Beriev BE-200 itu sedang cuba mendarat di wilayah Adana, Turki.

Sebuah pasukan ditubuhkan untuk menyiasat kemalangan yang berlaku di kawasan Kahramanmaras itu.

Sementara itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menzahirkan ucapan takziah dan bersedih dengan kematian yang berlaku dalam insiden berkenaan.

Turki telah memadamkan lebih 300 kebakaran hutan dalam tempoh 16 hari yang lalu, yang turut menyaksikan lapan nyawa menjadi mangsa.

Ia juga menyebabkan kemusnahan hutan, rumah serta memaksa penduduk dipindahkan ke kawasan selamat.

BE-200 merupakan pesawat dua enjin yang digunakan di Rusia dan negara lain untuk memadamkan kebakaran hutan.

Ia mampu melepaskan sehingga 270 metrik tan air menerusi beberapa kali perjalanan dalam satu misi.

Kebakaran berlaku ketika Turki dan seluruh Mediterranean mengalami gelombang panas yang berpanjangan.-France24

Pesawat pemadam kebakaran terhempas, lapan anak kapal terbunuh di Turki


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’

Kerajaan Minoriti Tidak Terkandung Dalam Perlembagaan – Azalina

Mahiaddin Md. Yasin terdesak selamatkan hayat politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker