Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’

Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’. Ketika politik masih diselubungi ketidaktentuan dan banyak khabar angin bertiup, bekas presiden Umno Najib Razak memberikan nasihat kepada sesetengah ahli parlimen parti itu.

Jelas menyasarkan komennya kepada ahli parlimen yang kekal memberi dukungan kepada Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN), Najib berkata, sentimen rakyat ketika ini memang tidak memihak kepada mereka.

Ahli akar umbi juga, katanya menunjukkan kemarahan terhadap ahli parlimen terbabit kerana enggan mengikut arahan pemimpin tertinggi parti.

“Masa bertaubat adalah sekarang,” katanya sambil melampirkan hantaran itu dengan tangkap layar laporan The Malaysian Insight.

Dalam laporannya portal berita itu menyebut ahli parlimen Umno yang ingkar kepada arahan parti berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusi mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Umno pada 7 Julai lalu memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin dan PN atas beberapa alasan termasuk kegagalan menangani wabak Covid-19 serta gagal mempertahankan demokrasi berparlimen.

Bagaimanapun ekoran pendirian itu muncul ‘pemberontakan’ dalam kalangan sesetengah ahli parlimen, khususnya yang mempunyai jawatan dalam kabinet serta timbalan menteri.

Setakat ini hanya dua ahli parlimen Umno berjawatan menteri meletak jawatan iaitu Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad (Parit Sulong).

Kumpulan yang enggan melepaskan jawatan pula diketuai Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Perkembangan semasa pula menunjukkan kedudukan PN dan Muhyiddin kini goyah selepas presiden Bersatu itu didakwa kehilangan sokongan majoriti di parlimen.

Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangka hayat PN dan Muhyiddin sudah berakhir

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker