Zuraida sahkan Muhyiddin kekal PM, tiada perletakkan jawatan

Dua menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengesahkan tiada agenda mesyuarat Kabinet tergempar dijadualkan diadakan pada petang Sabtu sebagaimana ditularkan dalam media sosial.

Bahkan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin turut menolak dakwaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menandatangani surat peletakan jawatan pada Sabtu.

“Sehingga kini, saya tiada terima apa-apa berita mengenainya,” katanya melalui satu kiriman WhatsApp ringkas kepada Sinar Premium pada Sabtu.



Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus Muhyiddin sudah menandatangani surat peletakan jawatan Perdana Menteri pada petang Sabtu dan dijangka akan mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet tergempar.

Mesyuarat kabinet tergempar itu diadakan selepas Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, mengumumkan tawaran rentas parti semalam ketika diasak untuk melepaskan jawatan kerana didakwa sudah hilang majoriti.

Mengulas lanjut, Zuraida juga menegaskan pihaknya juga belum dimaklumkan lagi mengenai kemungkinan cadangan Perdana Menteri akan meletak jawatan, akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Ahad.

“Belum ada berita lagi,” ujarnya ringkas.



Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang notis mengenai agenda mesyuarat tergempar menteri dan timbalan menteri pada petang Sabtu.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Jasin daripada Barisan Nasional (BN) turut menegaskan beliau kini dalam lawatan kerja kementeriannya di Pulau Pinang.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenainya (mesyuarat Kabinet tergempar petang Sabtu).

“Saya sekarang sedang mengadakan lawatan kerja kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) di Pulau Pinang…Itu sahaja saya boleh maklum,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Premium.



Sementara itu, sumber Bersatu memaklumkan kepada Sinar Premium bahawa satu mesyuarat khas Kabinet akan diadakan pada pagi Isnin.

Difahamkan, mesyuarat itu bakal membincangkan kedudukan terkini kerajaan PN pada saat Muhyiddin didakwa tidak lagi mempunyai sokongan majoriti daripada 220 ahli Parlimen.

Lebih menarik, sekiranya Muhyiddin akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan Perdana Menteri, Istana Negara dijangka akan memutuskan pembentukan sebuah kerajaan sementara seakan-akan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Sinar Premium turut dimaklumkan nama-nama pemimpin UMNO seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah disebut-sebut untuk mengetuai kerajaan sementara berkenaan, sekiranya direalisasikan.



Zuraida sahkan Muhyiddin kekal PM, tiada perletakkan jawatan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Jangka hayat PN dan Muhyiddin sudah berakhir

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker