Faizal pengerusikan mesyuarat parti di rumah Muhyiddin

Faizal pengerusikan mesyuarat parti di rumah Muhyiddin

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu memaklumkan bahawa beliau mempengerusikan mesyuarat parti di kediaman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, satu kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Saya mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti.

“Lepas ini saya balik rumah makan goreng pisang,” katanya sambil berseloroh kepada pemberita di pekarangan rumah Perdana Menteri, Bukit Damansara, di sini hari ini, menurut Utusan Malaysia



Sebelum ini, media melaporkan satu mesyuarat Kabinet tergempar akan berlangsung petang ini, ketika kerajaan PN diketuai Muhyiddin difahamkan sudah hilang majoriti.

Kenderaan milik Ahmad Faizal dilihat keluar dari kediaman Muhyiddin pada jam 5.45 petang.

Sebelum itu, beberapa pemimpin kerajaan turut dilihat tiba di kediaman Muhyiddin itu.

Antaranya, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Mohd Harun; Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Mohamed Azmin Ali. FMT



Faizal pengerusikan mesyuarat parti di rumah Muhyiddin

Game Plan Terbaru Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker