Sesko wira Man United, magis Carrick terus menjadi
Sesko wira Man United, magis Carrick terus menjadi

Manchester: Michael Carrick menyifatkan jaringan kemenangan saat-saat akhir Manchester United ke atas Fulham sebagai ‘perasaan paling terbaik’ selepas Benjamin Sesko memastikan kemenangan dramatik 3-2 pada aksi semalam.
United terlebih dahulu mendahului menerusi tandukan Casemiro pada separuh masa pertama sebelum dilihat menguasai perlawanan apabila Matheus Cunha menambah jaringan selepas rehat di Old Trafford.
Namun, perlawanan berubah menjadi luar biasa di penghujung aksi apabila sepakan penalti Raul Jimenez lima minit sebelum tamat permainan memberi sinar harapan kepada Fulham sebelum Kevin meledak gol cantik untuk menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
Kredit harus diberikan kepada United yang segera bangkit apabila Sesko, yang sebelum ini sering dikritik, menjaringkan gol keempatnya dalam empat perlawanan terakhir untuk menghadiahkan kemenangan ketiga berturut-turut buat Carrick.
Selepas menjadi arkitek kemenangan mengejut ke atas Manchester City dan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, pertemuan penuh drama kali memberi isyarat bahawa bekas pemain tengah United itu mungkin memiliki sentuhan emas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
Tidak tewas dalam tujuh perlawanan liga terakhir, United kini melonjak ke tangga keempat, sekali gus menguatkan misi mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
“Saya harus katakan ia adalah perasaan terbaik. Antara momen terbaik yang pernah saya alami di sini.
“Kita boleh mengulas mengenai prestasi, ada kelebihan dan kekurangannya, tetapi kemudian hadir saat menggembirakan dan keterujaan seperti itu.
“Bagi saya, tiada tempat yang lebih baik selain di hadapan Stretford End. Ia membuatkan segalanya lebih bermakna.
“Orang ramai pulang bukan sekadar dengan ‘United menang hari ini’, tetapi dengan pelbagai emosi dan perasaan, itulah sebabnya kami semua sangat menyukainya,” kata Carrick.
United memerlukan sumbangan gol dramatik Sesko yang masuk sebagai pemain gantian selepas mereka hampir melepaskan kemenangan kepada Fulham.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
Carrick mengakui situasi itu menunjukkan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki walaupun pasukan menunjukkan peningkatan sejak beliau mengambil alih.
“Karakter yang kami tunjukkan selepas menerima tamparan yang sangat besar pada minit ke-90, dan kemudian bangkit seperti itu selepas apa yang kami lakukan minggu lalu, adalah perkara paling menggembirakan.
“Kami boleh bermain lebih baik dan itu sebenarnya yang paling menggembirakan. Sepanjang perlawanan, kami boleh memperbaiki banyak perkara pada saat-saat tertentu, tetapi saya tidak boleh mempertikaikan kepercayaan pemain,” katanya.
Sesko wira Man United, magis Carrick terus menjadi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.