Lelaki melecur, bengkel motosikal meletup

Lelaki melecur, bengkel motosikal meletup

TUMPAT: “Ketika saya sedang berlari untuk mendapatkan alat pemadam api di kedai runcit bersebelahan, tiba-tiba kedengaran bunyi letupan dari bengkel.

“Saya berasa cemas kerana bapa berada di dalam (bengkel) dan sedang memadamkan api yang sedang marak,” kata Mohamad Haziq Mohd Azmi, 19.

Mohamad Haziq berkata, tidak lama kemudian dia ternampak bapanya, Mohd Azmi Deraman, 53, keluar dari bengkel motosikal itu sambil menahan kesakitan akibat melecur terkena percikan minyak enjin panas di beberapa bahagian tubuhnya.

Dalam kebakaran kira-kira jam 9.45 malam tadi di Kampung Gerong, Mohamad Haziq bersama enam ahli keluarga lain berada di rumah, di bahagian belakang premis yang bersambung dengan kediaman mereka.

Katanya, dia terdengar bunyi hon beberapa kali dari jalan utama sebelum keluar dari rumah dan menyedari bengkel motosikal, termasuk menjual alat ganti milik bapanya sedang terbakar.

“Ketika itu api masih lagi kecil dan kami cuba memadam kebakaran sambil membawa keluar alatan ganti serta motosikal yang berada dalam premis.

“Api hampir dapat dipadamkan oleh bapa dan apabila alat pemadam habis digunakan, saya segera berlari ke kedai runcit bersebelahan untuk mendapatkan peralatan itu, tetapi tidak lama kemudian kedengaran letupan dari bengkel.

“Saya yang berasa cemas kerana memikirkan bapa berada dalam bengkel segera berpatah balik, namun lega apabila ternampak dia keluar dalam keadaan lemah dengan sebahagian besar tubuhnya melecur serta ada tompokan minyak enjin panas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mohamad Haziq berkata, dia percaya letupan kuat itu dipercayai berpunca api yang merebak ke sebuah tong mengandungi minyak enjin terpakai, sekali gus memusnahkan bengkel yang diusahakan bapanya sejak 10 tahun lalu.

“Bapa yang melecur di bahagian bahu, belakang dan kepala kemudian dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.

Kebakaran itu turut mengakibatkan rumah mereka di belakang premis berkenaan musnah kira-kira 80 peratus, malah juga tinggal sehelai sepinggang. BH

Lelaki melecur, bengkel motosikal meletup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker