Penagih dadah bakar rumah ibunya

Penagih dadah bakar rumah ibunya

Lelaki bakar rumah sendiri

YAN: Seorang lelaki dipercayai penagih dadah membakar rumah sendiri di Kampung Selengkoh Tengah di sini, malam tadi.



Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata polis menahan suspek berusia 51 tahun sejurus selepas kebakaran.

Beliau berkata, polis menerima panggilan pada jam 9.24 malam dari pengadu di kampung berkenaan.

“Berdasarkan keterangan saksi iaitu ibu suspek, pada jam 7.30 malam hari kejadian, suspek ada meminta pemetik api daripadanya.

“Suspek mengamuk dan marah pada ibunya menyebabkan wanita itu memberi pemetik api kepadanya dan terus balik ke rumah di sebelah rumah suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Shahnaz berkata, ibu suspek ternampak anaknya membakar sehelai kain dan diletakkan kain yang terbakar itu di dalam almari yang berisi kain dalam biliknya, di tingkat atas dan api terus merebak besar.

Katanya, bomba mengawal kebakaran dan tiada kemalangan jiwa.

“Ibu suspek mengesahkan anaknya penagih dadah tegar dan sering mengamuk,” katanya. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



Penagih dadah bakar rumah ibunya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker