Kerajaan putuskan telefon bimbit akan diharamkan di sekolah mulai 2024

Gambar Hiasan

Telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar akan diharamkan daripada bilik darjah di Belanda mulai 1 Januari 2024, kata kerajaan negara itu dalam usaha untuk mengehadkan gangguan semasa pembelajaran, lapor laman berita The Guardian semalam.

Peranti itu hanya akan dibenarkan jika ia diperlukan secara khusus, contohnya semasa pembelajaran mengenai kemahiran digital atas sebab-sebab perubatan atau untuk orang kelainan upaya.

“Walaupun telefon mudah alih saling berkaitan dengan kehidupan kita, ia tidak boleh digunakan di dalam bilik darjah.

“Pelajar-pelajar perlu menumpukan perhatian dan perlu diberi peluang untuk belajar dengan baik. Menurut kajian saintifik, telefon bimbit adalah gangguan. Kita perlu melindungi para pelajar daripada perkara ini,” kata Menteri Pendidikan, Robbert Dijkgraaf.



Larangan itu adalah hasil persetujuan antara kementerian, sekolah dan organisasi berkaitan. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker