Lelaki Didenda RM1,700 Kerana Ponteng Puasa, Makan Nasi Di Kedai Runcit

Lelaki Didenda RM1,700 Kerana Ponteng Puasa, Makan Nasi Di Kedai Runcit

TUMPAT: Mahkamah Rendah Syariah Tumpat pada Rabu menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,700 ke atas seorang lelaki selepas mengaku bersalah kerana tidak berpuasa.

Tertuduh berusia 35 tahun yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tumpat, Mazlan Abdullah semasa pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasan Undang-Udang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik), Mohd Fadzuli Mohd Zin berkata, lelaki berkenaan ditangkap semasa sedang makan nasi di sebuah kedai runcit di Kampung Sedar, Tumpat pada 14 April lalu.

“Kesalahan itu dilakukan lelaki berkenaan semasa serbuan dilakukan oleh pihak kami pada jam 9.20 pagi.

“Kesalahan itu dilakukan bawah Seksyen 10 (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, mengikut seksyen tersebut pesalah boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, tertuduh telah membayar denda tersebut sebagaimana ditetapkan oleh pihak mahkamah.

“Jika gagal berbuat demikian tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan,” katanya.-AA

Lelaki Didenda RM1,700 Kerana Ponteng Puasa, Makan Nasi Di Kedai Runcit

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker