Beruk dipakaikan gelang pink, dibawa naik ambulans?

Beruk dipakaikan gelang pink, dibawa naik ambulans?

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan kes seekor beruk yang dikatakan positif Covid-19 di Gua Musang, seperti gambar yang tersebar di media sosial sejak semalam.

Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, dakwaan yang ditularkan itu adalah tidak benar sama sekali dan pihaknya tidak pernah melakukan ujian saringan kepada haiwan.



“Dakwaan itu tidak munasabah kerana kita tidak membuat sebarang ujian saringan kepada haiwan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, satu imej tular di aplikasi whatsApp dan Facebook yang memaparkan seekor beruk dipakaikan gelang merah jambu kerana didakwa positif Covid-19.

Selain itu satu gambar lagi menunjukan beruk tersebut dimasukkan dalam sangkar untuk dibawa menaiki ambulans.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Beruk dipakaikan gelang pink, dibawa naik ambulans?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker