DJ Isma Halil mengaku tidak bersalah edar dadah

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Isma Halil Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah tahun lalu.

Isma, 49, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Pengakuan tidak bersalah itu merupakan pertama kali didengar selepas kes tersebut dibenar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.



Mengikut pertuduhan Isma didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah  Berbahaya 1952 dan boleh dihukum  dibawah Seksyen 39B (2) Akta  sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Faham tuan (pertuduhan) saya tidak mengaku bersalah,” kata Isma yang berada di dalam kandang tertuduh selepas pertuduhan dibacakan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Isma diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.



Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac ini untuk tarikh pengurusan kes.

Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Majistret di sini  membenarkan kes Isma dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ia selepas peguam Adi Zulkarnain Zulkafli ketika itu memaklumkan laporan kimia telah diperoleh yang mana berat dadah itu turun dari 409 gram kepada 374.6 gram.

Kes dadah itu dipindah dan dibicarakan ke Mahkamah Tinggi berikutan hukuman bagi pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.



Turut hadir dalam prosiding hari ini, isteri Isma, Nor Haslinda Abdul Manaf, 48.

Sebelum ini Isma dilaporkan sihat dalam penjara selain tiada aduan berkaitan kesihatan. – KOSMO! ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli



Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker